Round Robin (Band)

Kumpulan Round Robin merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia. Ditubuhkan di pada tahun 2006 , mereka sehingga kini masih aktif. Round Robin kini bernaung di bawah syarikat rakaman InterGlobal Music Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Pony Canyon Malaysia. Album sulung kumpulan Round Robin berjudul The Philophobic yang berjaya dirakamkan pada April tahun 2011 menampilkan muzik berkonsepkan garage post punk. Album yang mengandungi 10 lagu dan diterbitkan oleh Interglobal Music (M) Sdn. Bhd. itu diterbitkan selepas ia menjalani proses rakamannya sejak Julai 2010.[1]Dalam album The Philophobic semua lagu dan lirik dicipta oleh vokalis asal Round Robin iaitu Mohd. Arif Mohd. Nordin atau Pako. Album ini siap dirakamkan pada 20 April. Bagaimanapun, pada 4 Julai 2011 lalu Pako meninggal dunia secara mengejut pada usia 24 tahun tanpa ada penyakit kronik, sebelum sempat melihat album itu berada di pasaran.Para anggota kumpulan Round Robin bersetuju untuk menyerahkan pendapatan hasil kutipan royalti itu kepada adik arwah iaitu Nurul Adilah, 21, bagi mengenang jasa dan memelihara hak pembayaran royalti hasil lagu-lagu dan lirik-lirik ciptaan Pako.Kesemua anggota kumpulan Round Robin, termasuklah arwah Pako telah didaftarkan sebagai ahli MACP (Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia) mulai September tahun lalu. Semua karya arwah itu didaftarkan atas nama adik beliau.10 lagu ciptaan arwah Pako yang dimuatkan dalam album sulung Round Robin itu berjudul Omashita!, Helah, Philophobic, Lukha, Love For Losers, Interlude, Stressed Up, Traumatika, Rafla Jingga dan Epilog.

Round Robin (Band)

Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait Berkumpulan
Syarikat rakaman InterGlobal Music
Laman sesawang https://johnkurtmusiccollections.blogspot.my/2017/02/round-robin-band-sebuah-kisah-rock-n.html
Genre Post Pop / Garage Rock / Post Punk
Ahli Dari kiriĀ : Haizad Azhar, Syahmi Rawi, Ashley Gibson, Ejoy Syafizul, Ezzad Ezzuddin & Ijatt Alnico Andress
Bekas ahli the late Afif Nordin @ Pako Rudin , Bush @ Faiz , Gempak @ Ramo , Iskandar Zainal , Ku Amirul , Acap , Aidil ,